Chawan Mushi (Steamed Egg Custard)
Bahan-bahan Isinya:
Udang sederhana besar(buang kulit)
Ayam (potong kecil2)
Fish Cake (warna pink tu .. potong kecil atau nipis )
Lili bud (tau tak bentuk dia mcm bunga, warna putih dan berkelopak).. * di ambil kelopak demi kelopak letakkan bersama bhn yg lain
Ginkgo nuts (warna hijau muda)
Shiitake mushrooms (bulat besar - potong kecil)
Mitsuba (daun yg mcm daun sup - utk hiasan)
Limau nipis ( utk hiasan dan aroma tersendiri la.. potong tipis dan kecil2 bulat..)

Bahan kastard:
5 biji telur (brgantung kpd brp banyak kita nak jamu orang..
nisbah air dan telur; sebiji telur : 3 cawan gelas)
3 paket kecil serbuk dashi stok (beli shj yg instant tu.. cap ajinomoto atau apa2 brand)
3 sudu besar soya sos (ingat yg halal je tau)
8 cawan air sejuk
8 cawan air panas
Sedikit garam (lbh kurang satu sudu kecil)
Sedikit gula (lbh kurang satu sudu kecil)

Cara-caranya:
1) Sediakan dahulu cawan yang sesuai utk Chawan Mushi bergantung kepada jumlah bahan2. Jumlah kuantiti bahan di atas mungkin sesuai untuk di makan 8-10 orang.
2) Cuci bersih ke semua bahan2 isi kastard dan masukkan ayam, udang, mushroom, gingko nuts, fish cake dan lili bud ke dalam cawan-cawan tersebut.
( Bahan-bahan isi hendaklah di potong kecil mengikut arahan di atas. )
3) Daun mitsuba dan daun limau hendaklah diletakkan kemudian selepas chawan mushi sedia untuk di masak.
4) Kemudian, sediakan dashi stok.. untuk kita menyediakan kastard.Caranya, campurkan air sejuk dan air panas dan masukkan serbuk dashi. Pukul telur dgn kadar sederhana jgn terlalu kuat dan masukkan telur ke dalam air tadi.
5) Gaul rata dan masukkan gula, garam dan light soya sauce.
6) Rasa sedikit masin dan manisnya, kemudian tapiskan.
7) Akhir sekali tuangkan ke setiap cawan yg telah di isi dengan bahan2 awal tadi.Sekiranya terdapat buih-buih kecil hendaklah di buangkan supaya bentuk chawan mushi itu kelihatan cantik.

9) Kukuskan di atas pengukus yang sesuai. Tutupkan penutup pengukus dengan kain yang sesuai.
10) Ingat, kukus 5 minit pada api yang besar dan 10 minit pada api yang kecil.
11) Apabila chawan mushi telah masak, hidangkan lah segera. Sebab ianya sedap di makan sewaktu panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan