Pengikut

dEmI MaSa

Isnin, 3 Disember 2012

HIKAYAT 5 SAINS 2



Tersebutlah kisah perihal sebuah kampong yang diberi nama 5 SAINS 2.Letaknya di hujung negeri SMKL.Setelah bancian dibuat oleh TUN SUPIRAH tukang banci kg kami,jumlah penduduk adalah seramai  15 orang.Penduduknya saling bantu-membantu diantara satu sama lain.Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai.

Kampung sains 2 ditadbir oleh Sultan MOHAMMAD AKMAL SYAKIR BIN KAMARULZAMAN yang membawa ajaran al-addmath..Sultan Mohammad Akmal Syakir terlalu mengambil berat tentang kebajikan penduduknya.5 Sains 2 telah dipimpin oleh Raja MOHAMMAD HIDAYATULLAH sebagai ketua kampung.Bendahara TUN SUPIRAH telah dilantik oleh ketua kampung dan dibantu oleh pembantu-pembantunya yang setia iaitu Cik MIZATUL FARHANA dan Cik HAMDAH yang banyak membantu meringankan tugas dan melayan ketua kampung,kira mem isterilah.Oleh kerana mereka suka sangat makanan macam semut nampak gula,maka mereka selalu ke luar kampung untuk mencari makanan.

Dalam ramai-ramai perempuan di kg,TENGKU SYAHIDATUL ATHIQAH telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Kg,orangnya kecil punyalah garang sehinggakan lanun-lanun dari kampung sebelah takut untuk menyerang.Jawatan Temenggung pula dipegang oleh Temenggung SYAHRUL ASWAD yang bertanggungjawab menyusun strategi melawan musuh terutama lanun-lanun yang kejam dari kampung seberang.Penghulu bendahara yang bertanggungjawab memungut cukai ialah MOHAMMAD HAZIM yang sebulat suara dilanti oleh penduduk 5 Sains 2.

Tun SITI SYAFIQAH dan Tun NASUHA belangkas kampung kami telah di beri tugas khas iaitu menjaga kebersihan dan perhiasan disekitar kampung.Walaupun kg ini tidak pernah mendapat anugerah kg terbersih,dengan adanya mereka,kampung ini tidaklah seperti kandang kambing.

Hulubalang-hulubalang kg terdiri dari 2 orang yang kuat dan gagah perkasa yang dilantik melalui rancangan reality tv yang amat popular iaitu FEAR FACTOR.Mereka adalah Laksamana MOHAMMAD AZMIL RIZAL dan Laksamana AMIRUDDIN.Mereka ditugaskan menjaga keamanan dan menyampaikan berita.Berita-berita yang disampaikan lebih cepat daripada kilat.

Bermacam-macam karenah dapat disaksikan apabila berkunjung ke kg kami.ALIA suka tersenyum n m0ody tetapi bukan gila cuma ingin menunjukkan rakyat kg kami peramah dan suka ditemuramah.s0rang nie pendatang baru dari luar dari KG GELUGOR,MARAN,ahli tukang kira-kira akaun kampung kami namanya MISROHA.0leh kerana sudah bermastautin di kg kami,dia diberi passport warna biru yang menjadi bukti warga kg kami.

Begitulah hikayat penduduk kg kami,sampai disini cerita kampung kami.Jangan buang masa baca cerita mengarut nie.Baiklah k0wg semua pergi study.Akhir kata harap rakan ceria selalu dalam menempuh ranjau dan onak duri dalam kehidupan.Kepada guru tersayang,doakan kejayaan warga benua SMKL,kalau terasa dengan cerita ini,harap dimaafi kerana ini hanya rekaan semata-mata tidak melibat kan masih hidup mahupun yang mati.. hahaahha..

direka oleh: noranizahanisroshizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan