Assalamualaikum..
Bangun dari tidur terus rasa sebak sangat2 terkenangkan kat arwah.. Buka fb terus nampak Alif post gambar dia bersama arwah.. sungguh kami semua rindukan kau sahabat.. Muka kau sebijik macam alif..
Aku dapat rasakan alif dan yang lain lagi sedih berbanding ak sbb kowg kan rapat.. Lepas solat aku sedekahkan al-fatihah dan bacaan yassin buatmu sahabat.. sebak sangat2 masa aku baca yassin untuk kau sebab aku rasa kau dekat dengan aku... perkenalan kita sejak kecik kekal sampai sekarang kan.. tapi ternyata kau pergi dulu sebelum aku.. kau pergi masa usia kau masih muda.. tapi ALLAH lebih sayangkan kau.. Tak sempat kau nak ambil result spm kan.. tak apa, masa aku ambil result nanti aku akan ingat kau even tak sama sekolah tapi aku tetap ingat kau.. Tenanglah kau sahabat di sana.. semoga kau di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..aminnnnnnn..
(~_~)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan