Pengikut

dEmI MaSa

Rabu, 8 Mei 2013

DENDAM..


Assalamualaikum wbt..


Pernahkah anda berdendam dengan guru anda ?. Jika anda tak pernah berdendam dengan guru anda, memang anda seorang yang baik.

Tidak seperti saya yang pernah berdendam dengan guru., walaupun sudah beberapa kali saya katakan kepada diri saya yang saya telah memaafkan guru-guru tersebut, walaupun bukan hak saya memaafkan guru, saya yang sepatutnya memohon maaf dari guru, guru tak perlu mohon kemaafan dari muridnya, kerana setiap yang dilakukan adalah ‘kaedah pengajaran’.

Kisah 1.

Biar saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar kepada semua guru. Kisah ini telah lama berlalu, semasa saya dalam tingkatan 5. Saya telah dilantik sebagai KAPTEN ASRAMA ASPURI sejak tingkatan 4 itu pun pada hujung tahun selepas senior saya sudah letak jawatan.. Alhamdulillah saya dapat mentadbir asrama dengan baik di bawah bimbingan Warden dan Senior dulu.. Tetapi setelah memasuki TINGKATAN 5 saya di lantik lagi sebagai KAPTEN tetapi suasana bertukar kerana warden baru dan pengetua baru jadi saya rasa ingin melepaskan jawatan tersebut sebab saya rasa mesti ada sesuatu yang bakal berlaku.. Ternyata memang terjadi.. Saya dan exco lain mencadangkan untuk mengadakan hari asrama..jadi saya telah melakukan dengan berbincang bersama warden saya dan cadangan tersebut diluluskan.. Tetapi pada malam minggu tersebut pada hari sabtu saya bersama salah seorg exco bermain badminton dan tiba2 kami berdua di denda sehingga kees0kakn harinya TANPA DUDUK dan BERDIRI SEPANJANG MALAM TERSEBUT sehingga menjelang pagi secara jujur saya terasa seperti TERANIANYA dan tindakan WARDEN S******  itu langsung TIDAK WAJAR.. pagi ahad saya ada kelas tambahan subjek perakaunan.. jadi pergi kelas saya mengantuk lalu saya menceritakan kepada guru akaun saya selaku guru kelas saya juga... selepas itu selang beberapa minggu aktiviti hari asrama dijalankan dan selepas itu exco2 lain tidak menegur saya dan salah seorang kawan saya yang selaku exco baru jugadi perlakukan sedemikian.. tetapi perlantikan dia di ragui oleh warden tersebut padahal warden itu juga meluluskan sehinggalah warden selaku guru kaunseling mengadakan perhimpuanan KOSONG2... selepas saya di ajukan bermacam2 soalan dari warden Cikgu SI** yang lagatnya seperti SEORANG HAKIM DI MAHKAMAH saya tidak dapat menjawab dengan baik kerana hati saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku ke atas saya .. dan alhamdulillah saya jenis yang menceritakan kepada kawan2 saya yang lain dan diaowg yang membantu saya untuk menjawab segala soalan yang diajukan untuk saya..alhamdulillah ada orang yang percaya kan saya dan membantu saya takala saya susah mahupun senang.. cikgu si** cakap diaowg melucutkan jawatan saya sebagai KAPTEN di sebabkan saya memegang banyak jawatan... bukan kah itu sudah menjadi tanggungjawab saya.?? kenapa mereka pula yang nak melucutkan.. 0k tak apa,ringan beban saya..Selepas perhimpuanan tersebut saya di arahkan untuk menukar bilik ke tingkat atas di sebabkan perlucutan jawatan saya.. apa beza tinggal di bilik bawah dan di atas.. sama jew kan.. 0whh,sebab nak jadikan bilik tu tempat yang ada jawatan.. HIPOKRIK cikgu.. selepas kejadian itu baru saya di beri tahu ada yang menyatakan yang saya bawa handsed sehingga saya di lakukan sedemikian.. secara jujur awal bulan memang saya ada bawa itupun sekali sebab saya fikir saya ketua tidak elok melakukan kesalahan sedemikian jadi macam mana pula ada yang menyatakan saya ada bawa handsed..? jadi warden pun percaya dengan semua benda dan terus menyalahkan saya..pelajar juga ada menyatakan cikgu S***** ada membuat muka semasa saya diajukan bermacam2 soalan termasuk kawan2 saya juga.. ini kah seorang pendidik.????

Guru-guru, mari kita periksa habis-habis , apa yang sebenar berlaku sebelum kita mengambil tindakan (terutama menghukum) keatas pelajar kita, bimbang kita mengambil keputusan yang salah dan pelajar terinanya seperti saya akan terus berdendam.

Saya katakan saya tak mahu berdendam dan maafkan guru tersebut namun setiap kali hari guru saya teringatkan kisah ini.Guru tersebut saya teringat setiap kali hari guru dan bila2..

Kisah 2.

Selepas kejadian itu dan saya pun menjadi pelajar biasa yang hanya memegang jawatan KETUA PELAJAR PEREMPUAN  selaku PENOLONG PENGAWAS.. sejak kejadian itu saya lebih berdiam kan diri dan tak banyak bercakap macam dulu dan sampai tahap saya BENCI MELIHAT WARDEN dan EXCO ... Memandangkan cikgu dan pelajar lain menuduh saya membawa handsed jadi saya lakukan sedemikian setelah saya tidak memegang jawatan tersebut.. saya nak tunjukkan mereka yang saya bawa handsed sehingga diaowg PUAS HATI dengan tuduhan tersebut.. dan akhirnya saya tertangkap membawa telefon..sebelum tertangkap warden Cikgu M***** suruh kami JUNJUNG AL-QURAN untuk membuktikan kami pelajar tingkat 5 tidak bawa handsed..saya melakukan sebab masa itu memang saya tak bawa tetapi saya di black list membawa..semasaperistiwa dimana saya tertangkap membawa handsed tersbut kami di arahkan naik ketingkat atas untuk MELEPASKAN handsed masing2.. warden cakap bayar RM 100 dapat balik hnsed tapi setelah dibayar kami tidak dapat hadsed malah di suruh menjatuhkan handsed tersebut dari tingkat atas...??? Its s0 cruel... Selepas peristiwa tersebut ayah saya pun mendakwa sekolah di atas tindakan mereka berbuat sedemikian.. selang beberapa hari selepas pihak sekolah menerima surat dari ayah saya,PENGETUA DAN WARDEN hendak BERFIGHT dengan ayah saya dengan menceritakan KESALAHAN saya selama ini.. w0www,, kalau saya buat kesalahan KENAPA SURAT AMARAN TIDAK DI KELUARKAN.?? don't be stupid 0k.. pihak awak nak fight dengan ayah saya sebab isu nie kenapa.??kenapa nak libatkan saya pula sedangkan saya tak ada di beri surat tentang kesalahan saya selama bersekolah di sana...????  paling menyedihkan saya di anggap sebagai PUNCA WARDEN TERSEBUT TUMPAH DARAH sebab saya pernah ajukan soalan sedemikian kepada salah seorang warden cikgu S******.. RESPONS beliau hanya menganguk sedikit.. hanya allah saja tahu bertapa kejam nya cikgu dengan menyalahkan saya sedangkan saya tak buat apa2 langsung pada dia.. kalau saya nak bunuh kandungan beliau dah lama saya BAGI RACUN .. tapi saya tak kejam..dan selepas peristiwa itu juga saya menjadi pelajar yang serba salah untuk masuk ke bilik guru atau berjumpa mana2 guru.. eala dengan tindakan warden tersebut membuatkn nama saya TERCEMAR.. hari rabu ada subjek BM yang di ambil alih oleh cikgu M***** tetapi beliau tidak mahu mengajar pada masa itu dan ada di antara rakan saya menyalahkan saya punca semua yang terjadi.. selepas PENGETUA PUAN HAJAH S******* berjumpa saya seolah2 menyalahkan tindakan ayah saya mendakwah sekolah,saya terus meminta ibu bapa saya untuk menukarkan sekolah tetapi ibubapa saya tetap suruh saya belajar disana sampai habis..jadi saya kuatkan juga untuk sekolah disana walaupun saya menerima hemtaman dari dua orang warden tersebut..secara jujur saya susah untuk belajar dan akhirnya result SPM tidak keluar dengan apa yang saya impikan..saya menyesal sebab saya terlalu bagi muka dengan guru..

KISAH 3:

Tinggal beberapa bulan jew lagi kami akan menduduki peperiksaan SPM dan masa tersebut ada lah semasa pelajar selain tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan.. hujung minggu ada kelas tambahan dan hari tersebut sepatutnya balik.. jadi pelajar form5 ada cakap kelas di batalkan dan mereka mencadangkan untuk balik saje.. kiranya menjadi isu pada hari isnin di mana pelajar yang tidak pergi kelas tambahan kena ROTAN.. jadi ramai yang tak pergi so termasuk laa saya.. semasa giliran saya kena ROTAN DENGAN PENGETUA ,beliau ada berkata "berapa result awak sampai tak nak pergi kelas.?? awak ingat awak tu siapa.. saya rotan je awak,saya tak kisah ayah awak nak buat laporan ke apa ke,nak panggil tv3 sebab saya rotan awak,saya tak takut..!! bayangkan kalau k0wg kena macam nie..apa kowg rasa.. dia mengungkit kisah tersebut sambil merotan saya sehingga ADA KESAN PARUT di betis saya..pelajar lain tak ada la pula rotan kuat,daowg sendiri terkejut dengan pengetua yang rotan saya terlalu kuat.. salah seorang kawan saya di panggil oleh CIKGU IS**** untuk menayakan tentang saya...sebab cikgu tersebut cakap kalau saya mendakwa pengetua disebabkan meninggalkan kesan boleh di dakwa..beliau merupakan seorang anggota polis jadi dia tahu.. nampak sangat pengetua berdendam dengan ayah saya kan.. s0 tak heran laa kalau saya dendam dengan dua orang warden termasuk pengetua dan yang terlibat bercerita pasal saya dan ayah saya.. ayah saya bukan nak backup anak dia tapi cara dan tindakan guru tersebut salah.. memandangkan sekolah itu dulu dah mengeluarkan TIDAK MEMBENAR MEROSAKKAN harta pelajar bahkan untuk membayar bayaran rm30 untuk mendapatkan barang rampasan.. tetapi kenapa kena sampai rm100 + handsed rosak.????

Walaupun berkali-kali saya meyakinkan diri saya yang saya sudah memaafkan guru tersebut, namun setiap kali hari guru, atau apa pun saya akan teringatkan kisah ini. Dan saya amat berhati-hati supaya pelajar tidak menyimpan dendam seperti ini.

Guru-guru, mari kita ambil iktibar, jangan pandang sebelah mata setiap pelajar kita, bodoh, pandai jangan di bandingkan antara pelajar kita, walau seorang dapat no 1 dan seorang lagi dapat no 35... Baik ke atau sebaliknya pelajar tersebut jangan la menunjuk kan awak berdendam dengan pelajar dengan berpaling muka dan langsung tidak mahu memandang pelajar tersebut...Kerana kesan pedih jangka panjang, dendam akan berterusan dalam diri pelajar terutama saya..No body know this story, because i keep deeper in my heart. But i you read my story in this blog you will find it somewhere...Saya membuktikan kejujuran dengan penuh dendam sehingga kini...

Guru-guru jangan keluarkan kata-kata yang bukan-bukan, terutama berkaitan bodoh pandai, busuk ke wangi ke, dendam atau berkaitan fizikal seseorang pelajar, kita sedap kata, pelajar memendam rasa.
Semoga terhakis semua yang terpahat dalam hati saya, supaya tiada dendam antara saya dengan guru, semua yang diberikan membentuk diri saya dan mengubah diri saya kepada lebih baik dan berhati-hati.

Sekian, Selamat Hari Guru.

2 ulasan:

  1. oh man sakit nya hati aku bca !!!!!!!

    BalasPadam
  2. kalau nak ikutkan hati memang sakit hati tapi benda dah lepas kan.. :)

    BalasPadam